top of page

INFO PARTI RUMPUN SABAH

Setiap warganegara yang layak menjadi ahli, berhak mendaftar diri sebagai ahli PARTI RUMPUN SABAH mengikut Perlembagaan dan Peraturannya. Pendaftaran boleh dilakukan dalam tiga (3) cara.

TAKRIF RUMPUN SABAH

Perkataan RUMPUN SABAH adalah singkatan kepada PARTI RUMPUN SABAH iaitu sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menjaga, memelihara dan memperjuangkan kepentingan nasib masa depan semua suku bangsa rumpun Sabah yang beragama Islam di Wilayah Sabah, supaya dapat hidup bersama-sama sebagai satu keluarga besar yang bersatu-padu, berdaya-maju dan makmur dalam keseimbangan iaitu; berjatidiri, bermaruah,
berwibawa, berdayasaing dan berdikari, di bawah satu wadah (rumah). Perkataan RUMPUN dalam konteks organisasi, merujuk kepada gabungan pelbagai kumpulan dan kelompok
manusia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang berasal dan berakar umbi dari rumpun bangsa di Nusantara khususnya di kepulauan Borneo, yang bergabung atau digabungkan menjadi satu keluarga besar membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.
Ahli-ahli RUMPUN terdiri dari kalangan warganegara Malaysia dari kalangan rumpun Sabahan; lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira asal keturunan, suku kaum, bangsa dan status sosial. 

tangan rumpun bah.png
Kota-Kinabalu-Sabah.png

SIJIL PARTI RUMPUN SABAH

Sijil kelulusan Parti Rumpun Sabah

Parti Rumpun Sabah telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

RUMPUN SABAH LOGO V1.png
tangan rumpun bah.png
Screenshot 2024-08-07 105127.jpg
WhatsApp Image 2024-07-12 at 08.22.23.jpeg
bottom of page