TUJUAN PENUBUHAN
Menyatupadu dan memimpin keluarga besar RUMPUN SABAHAN di Negeri Sabah dalam SATU WADAH PERTUBUHAN POLITIK yang berteraskan PERSAUDARAAN SEJAGAT dan PERMUAFAKATAN SOSIO-EKONOMI dengan saling sayang-menyangi, hormat-menghormati, bermaruah, berjatidiri, berketerampilan, berdaya maju, berdaya saing dan bertaqwa untuk menjaga, memelihara dan memperjuangkan kepentingan nasib masa depan SEMUA SUKU BANGSA RUMPUN SABAHAN di negeri Sabah agar hidup aman harmoni dengan semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara Malaysia.
VISI PARTI RUMPUN SABAH
”Wilayah Sabah Yang Aman, Makmur dan Berkat”
OBJEKTIF PARTI RUMPUN SABAH
1. Menjadi jambatan keharmonian di antara negeri Sabah dengan negeri-negeri Malaya dan Sarawak dalam semangat setiakawan sebuah negara bangsa rumpun Malaysia demi kelangsungan pembangunan yang seimbang.
2. Mencari dan memupuk persamaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum rumpun Sabah ke arah membentuk sebuah negeri yang aman, makmur dan berkat.
3. Mengusahakan sistem ekonomi masyarakat rumpun Sabah dengan pelan pembangunan ekonomi bersepadu yang didokong oleh pemantapan sistem pendidikan seimbang dan aplikasi teknologi patuh syariat.
4. Menjalin kerjasama dengan para ilmuan, usahawan, korporat, teknokrat, NGO dan komuniti di dalam dan luar negara untuk memantapkan gaya hidup sihat dan sejahtera serta kebajikan rumpun Sabah di negeri di bawah bayu.
5. Menzahirkan ‘political-will’ dalam memartabatkan tamadun dan syariat Islam di Sabah mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa demi mempertahankan kesucian agama Islam, Institusi Istana Sabah dan Institusi Raja-Raja Melayu di bawah YDP Agong sejajar dengan Prinsip Rukun Negara Malaysia.
6. Mengikuti pilihanraya-pilihanraya di dalam negeri Sabah untuk memilih wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat (Parlimen).

AMAN: Mewujudkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kesihatan semua kaum dalam Rumpun Sabah.
MAKMUR: Memupuk kemakmuran dengan memahami kehendak rakyat di semua peringkat dari segi penjanaan pendatapan, perumahan, pendidikan dan tadbir urus yang baik untuk melestarikan kemakmuran yang berteraskan pengemblengan sumber alam dengan pengurusan perekonomian yang harmoni, efektif, efisyen dan mapan (Kukuh, Stabil dan Teguh).
BERKAT: Mewujudkan ekosistem berteraskan syariat ajaran Islam yang syumul, dinamik dan toleransi hikmah dalam usaha mewujudkan keberkatan "halalan, toyyiban dan mubarakan", dan menghapuskan rasuah, dadah serta talibarut pada setiap usaha yang dijalankan untuk manfaat semua rakyat.
KEAHLIAN
HANYA SATU JENIS KEANGGOTAAN SAHAJA
AHLI BIASA
(Yuran Keahlian RM1.00 sahaja + Yuran Tahunan RM1.00 sahaja)
1. Kewarganegaraan : Malaysia.
2. Umur Minima : 18 tahun.
3. Kawasan/Negeri Tempat Lahir Ahli : Sabah.
4. Keturunan/Bangsa : Semua Suku Rumpun Sabah.
5. Jantina : Semua.
6. Agama : Semua.
7. Kriteria Keahlian Yang Lain : Mempunyai niat untuk berubah dan mengubah nasib masa depan rumpun Sabah yang aman, makmur & berkat.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
Setiap warganegara yang layak menjadi ahli, berhak mendaftar diri sebagai ahli PARTI RUMPUN SABAH mengikut Perlembagaan dan Peraturannya. Pendaftaran boleh dilakukan dalam tiga (2) cara iaitu;
• Pendaftaran secara manual, dengan mengisi borang.
• Pendaftaran secara on-line melalui laman sesawang https://partirumpunsabah.com.my